ciktam dah tanya2..
dia tahu bakal isteri dia memang suka buat kerja last minute..
dia tahu bakal isteri dia suka ambik mudah.
sampai dia pernah tegur aku.
hati bagai tertusuk sembilu.
hahaha...tapi dah memang betul
"satu sikap awak yang saya tak suka, suka ambik mudah"
amik kau joyah. tak ke sangat tulus mulus jujur dari hati seorang lelaki?
fine ciktam. cukup. aku tahu itu.
ia berkenaan baju. ciktam tempah baju lagi lambat dari aku. aku masa bulan puasa dah bagi dah makcik tukang jahit..huhu..masa tu bulan 8.. sekarang sudah bulan 11..ciktam punya baju nikah sudah siap dengan sampin berjahit lagi.siap bersulam baju melayunya..awww...aku punya? hmmphhhhh
lepas tu.. aku call,dia kata x buka kedai. ok fine..sebab raya haji. (aku ni suka kan berurusan time orang dah nak raya?) lepas tu aku datang kedai..kedainya tak bukak pulak...anaknya bersalin..kata orang kedai sebelah konon2 nya..huhu..
aku call lagi..katanya seminggu boleh siap. apa? ok,jangan marah2 bari'ah.. dia itu tukang jahit. nanti mood dia berubah ketika mahu memotong bajumu. biarkan dia..tapi keep follow-up sahaja..huhu..
aku risau sebenarnya..
kerana aku telah bermimpi..betapa aku kahwin,baju aku tak siap..tak semenggah. mmg simple sangat baju kawen aku. tak sempat nak hantar beading. OMG! boleh ke mimpi macam tu?kehkehkeh..
aku harap mimpi itu hana mainan tidur..semoga..