pengantin-bajet-punya-majlis

Daisypath Wedding tickers

Friday, January 18, 2013

SIMPLE

ada satu masa aku terfikir untuk bertukar jadi bridezilla. ahahaha.

aku nak buat itu. aku nak buat ini.

kalau tak buat itu ini, maka aku akan malu.

lalu,aku pon berusaha konon2 ingin mencapai objektif dalam majlis perkahwinan aku nanti.

rupanya aku tersilap. tersilap besar dalam membuat perhitungan.

apalah sangat persiapan perkahwinan yang kau ingin capaikan?

perkahwinan itu agenda keluarga.

biarkan mereka merasai kebahagiaan menyediakannya.

biarkan keterujaan mereka untuk berkreativiti. tiada salahnya. walau tidak mengikut kehendakmu. hargai penat lelah mereka.

yang aku perlu fokus adalah objektif pernikahan ini. pernikahan yang aku harap diredhai Tuhan.

aku berdoa semoga ALLAH memberkati perkahwinan kami.. amin..


p/s: memang aku tidak ralit menyediakan persiapan perkahwinan. kerana ada mereka2 yang sudi


Monday, December 24, 2012

trip to jakarta

assalamualaikum belog saya..

dah lama saya abaikan kamu ye...hikhikhik...

takpe..

saya anggap kamu adalah hati saya paling dalam. saya nak tulis utk kenang-kenangan..

kenapa saya ke jakarta n bandung tempoh hari...

sbb ada CONFERENCE..

Day 1


  • flight pukul 5.30 petang..kitorang naik KLM dgn tambang rm413 seorang... saya pergi dengan zetty and tokmak..

Thursday, November 1, 2012

yang tak siap

ciktam dah tanya2..
dia tahu bakal isteri dia memang suka buat kerja last minute..
dia tahu bakal isteri dia suka ambik mudah.
sampai dia pernah tegur aku.
hati bagai tertusuk sembilu.
hahaha...tapi dah memang betul

"satu sikap awak yang saya tak suka, suka ambik mudah"

amik kau joyah. tak ke sangat tulus mulus jujur dari hati seorang lelaki?

fine ciktam. cukup. aku tahu itu.

ia berkenaan baju. ciktam tempah baju lagi lambat dari aku. aku masa bulan puasa dah bagi dah makcik tukang jahit..huhu..masa tu bulan 8.. sekarang sudah bulan 11..ciktam punya baju nikah sudah siap dengan sampin berjahit lagi.siap bersulam baju melayunya..awww...aku punya? hmmphhhhh

 lepas tu.. aku call,dia kata x buka kedai. ok fine..sebab raya haji. (aku ni suka kan berurusan time orang dah nak raya?) lepas tu aku datang kedai..kedainya tak bukak pulak...anaknya bersalin..kata orang kedai sebelah konon2 nya..huhu..

aku call lagi..katanya seminggu boleh siap. apa? ok,jangan marah2 bari'ah.. dia itu tukang jahit. nanti mood dia berubah ketika mahu memotong bajumu. biarkan dia..tapi keep follow-up sahaja..huhu..

aku risau sebenarnya..

kerana aku telah bermimpi..betapa aku kahwin,baju aku tak siap..tak semenggah. mmg simple sangat baju kawen aku. tak sempat nak hantar beading. OMG! boleh ke mimpi macam tu?kehkehkeh..

aku harap mimpi itu hana mainan tidur..semoga..

Sunday, October 21, 2012

.....

ada tak perasaan yang selalu cek vendor punya website?

sebab aku dah membayar deposit kat vendor..jadi aku akan kerap cek kat website vendor,ok ke servis dia,gambar dia..baju dia...hahhahaha...

yelah..pengantin bajet.. :)

tapi setakat ni,alhamdulillah..vendor photogrpahy+andam ok dan boleh dibawa berbincang..hihih



Wednesday, October 3, 2012

bercerita tentang baju

..mencatat perjalanan seorang penganting cheapskate..

dari bulan berapa julai hari tu, aku menyibukkan diri memanjat tangga. tapi tidak kurus2 juga..

hahaha

panjat tangga kat rumah-rumah kedai kat shah alam. biasalah, kedai2 pengantin kan biasanya kat tingkat atas..

mula2 survey dengan ciktam, kat plaza alam central. hadoi kauu.. harga cekik darah mak! sewa baju sahaja bermula dari RM2000-RM5000.. sorry,tak kuasa mak nak sewa baju resepsi mahal-mahal. aku tahu kos baju itu mahal, tapi apa salahnya,kita cari yang kita mampu. tak usah nak ikut orang sangat. diorang kaya, kita tak kaya. hihih..tapi ada jugaklah, sewa baju RM500..tu pun songket. hmmppps..

maka kita reject Plaza alam Central..hihuuu..sbb out of budget!

lalu aku berpusing2 disekitar shah alam..ada jugak pakej menarik.. ada jugak tak berapa nak menarik..

aim aku ketika itu adalah untuk sewa baju sahaja. semuanya sewa rm500-rm600 tapi baju tak berapa nak lawa..tak berapa nak baru dan tak berapa aku berkenan.. banyak songeh pula aku kan! hahahaha

takpe..pencarian tetap diteruskan..tapi melalui google sahajalah.. huhu..

cari yang kat belah2 kajang. sebab kajang biasanya adalah yang murah2..sampai lah aku terjumpa satu butik ni, dengan harga RM1200 punya pakej,

aku dapat;
1- baju baru design sendiri
2- aksesori
3-Make-up
4- Pelamin, dewan punya okey?
5- Bunga tangan (which i probably akan ada bunga tangan sendiri saje. buleh?)

berpatutan sangat harganya..meh2, aku bagi link..kot2 ada orang berminat..mudah2an servisnya ok..nanti aku review sendiri..heuheuheu..

BUTIK PENGANTIN AFEER- KAJANG-DEKAT DENGAN KAMDAR & GIANT
https://www.facebook.com/butik.pengantin.afeer?ref=ts&fref=ts

(GAMBAR---ah biasalah, BB lembap selalu menyakitkan hati---lawa jugak gambo nya)


hari tu ciktam dah survey kedai. maka minggu ini,hari sabtu ini...aku perlu mengukur badan..haha..dan memberi design baju pengantin uollsss! chow chin chau!

Tuesday, September 11, 2012

....sepanjang jalan menuju ke syurga!

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

taken from - genta rasa