pengantin-bajet-punya-majlis

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, October 3, 2012

bercerita tentang baju

..mencatat perjalanan seorang penganting cheapskate..

dari bulan berapa julai hari tu, aku menyibukkan diri memanjat tangga. tapi tidak kurus2 juga..

hahaha

panjat tangga kat rumah-rumah kedai kat shah alam. biasalah, kedai2 pengantin kan biasanya kat tingkat atas..

mula2 survey dengan ciktam, kat plaza alam central. hadoi kauu.. harga cekik darah mak! sewa baju sahaja bermula dari RM2000-RM5000.. sorry,tak kuasa mak nak sewa baju resepsi mahal-mahal. aku tahu kos baju itu mahal, tapi apa salahnya,kita cari yang kita mampu. tak usah nak ikut orang sangat. diorang kaya, kita tak kaya. hihih..tapi ada jugaklah, sewa baju RM500..tu pun songket. hmmppps..

maka kita reject Plaza alam Central..hihuuu..sbb out of budget!

lalu aku berpusing2 disekitar shah alam..ada jugak pakej menarik.. ada jugak tak berapa nak menarik..

aim aku ketika itu adalah untuk sewa baju sahaja. semuanya sewa rm500-rm600 tapi baju tak berapa nak lawa..tak berapa nak baru dan tak berapa aku berkenan.. banyak songeh pula aku kan! hahahaha

takpe..pencarian tetap diteruskan..tapi melalui google sahajalah.. huhu..

cari yang kat belah2 kajang. sebab kajang biasanya adalah yang murah2..sampai lah aku terjumpa satu butik ni, dengan harga RM1200 punya pakej,

aku dapat;
1- baju baru design sendiri
2- aksesori
3-Make-up
4- Pelamin, dewan punya okey?
5- Bunga tangan (which i probably akan ada bunga tangan sendiri saje. buleh?)

berpatutan sangat harganya..meh2, aku bagi link..kot2 ada orang berminat..mudah2an servisnya ok..nanti aku review sendiri..heuheuheu..

BUTIK PENGANTIN AFEER- KAJANG-DEKAT DENGAN KAMDAR & GIANT
https://www.facebook.com/butik.pengantin.afeer?ref=ts&fref=ts

(GAMBAR---ah biasalah, BB lembap selalu menyakitkan hati---lawa jugak gambo nya)


hari tu ciktam dah survey kedai. maka minggu ini,hari sabtu ini...aku perlu mengukur badan..haha..dan memberi design baju pengantin uollsss! chow chin chau!

No comments:

Post a Comment