pengantin-bajet-punya-majlis

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, July 4, 2012

lampu tidur murah :) ada projek le lepas ni

kali ini kita ada projek dekorasi bilik tidur pengantin.

ceritanya begini..disaat zetty menalipon sv beliau..sv beliau telah menyatakan bahawa dirinya berada di melaka,berkursus. maka apa lagi. aku pon terus bersiap keluar dari PG room pukul 3.30 ptg bersama zetty,takde tunggu2 dah. hahaha..walaupun dtg pukul 12..kira acilah tu..datang jugak kan?hahaha... takpe,aku kan pelajar,masa belajarku bila2 sahaja. huuuhu lalu berkemas2..dan pecut ke bandar batu pahat..:)

sesampai disana,aku mengambil keputusan utk mencari material buat projek alas dulang yakni bantal atas dulang hantaran. aku carik kain velvet atau lebih dikenali sebagai BALDU..tapi tak terjumpa2 warna yang ku cari. first, gi euro moda. yang ada kelabu dengan krim.

ah...tak mau...

lantas aku mengorak langkah ke nagoya textile..banyak gak warna. tapi satu pun takde warna purple gelap. haishh! tak best tak best. aku pun terpaksa gantungkan niat. mungkin akan mencarinya di kamdar,KL..nak cari kain bulu2 jugak macam kina pernah post untuk DIY pelamin nikah :)



walaubagaimanapun,aku sedar bahawa tarikh kahwin masih lambat lagi. takpelah..mulakan secara berdikit2 dahulu..weehooo..kan ke sikit2 lama2 jadik bukit? ehehehe..

dan kaki pon pantas keluar dari kedai kain..jalan punya jalan, jumpa satu kedai macam romantika. memang menarik tertarik kau memang d boom lah kiah!. terus aku tanpa was2 memasuki kedai tersebut. entah apa nama kedai tu..yang penting, arah nak masuk ke parkson,dekat dengan kedai papa roti..ada english2 design kat kedai tu..huhuu...

kejap lagi tengok lampu harga RM19.90. lampu tido..menarik jugak. kakak kedai tersebut mulalah mencocok aku supaya beli lampu2 tu kan. huhu..tapi aku berkenan dengan lampu purple. harganya RM28 satu. huh? terus aku cakap "kak,taknaklah,ni mahal. saya nak murah2 je..hiuhiu"

"eh,takpe..awk boleh tukar badan dengan kepala ikut yang awk nak,,," pujuk kakak tu lagi..

aku memandang zetty..terbit idea

"kak,kalau saya amik 2 terus nak letak bilik pengantin,akak bagi diskaun lah"

"ok,total up,rm58,kita buang 8 hengget tu..50 je dah"

aku pun apa lagi..terus sambar 2..sayangnya takde mentol provided. takpe,mentol baru berapa hengget.aku tak berapa kisah sangat..hihihi..

tapi pembelian tu tak diberitahu kepada ciktam. sebab aku malas nak dengar dia menceramahkan aku yang suka beli benda yang tak penting.

walaupun lampu kalimantang ada dalam bilik,sesekali nak jugak romantik..hoihoihoi!


-CIKBERRY-

No comments:

Post a Comment