pengantin-bajet-punya-majlis

Daisypath Wedding tickers

Monday, December 24, 2012

trip to jakarta

assalamualaikum belog saya..

dah lama saya abaikan kamu ye...hikhikhik...

takpe..

saya anggap kamu adalah hati saya paling dalam. saya nak tulis utk kenang-kenangan..

kenapa saya ke jakarta n bandung tempoh hari...

sbb ada CONFERENCE..

Day 1


  • flight pukul 5.30 petang..kitorang naik KLM dgn tambang rm413 seorang... saya pergi dengan zetty and tokmak..

Thursday, November 1, 2012

yang tak siap

ciktam dah tanya2..
dia tahu bakal isteri dia memang suka buat kerja last minute..
dia tahu bakal isteri dia suka ambik mudah.
sampai dia pernah tegur aku.
hati bagai tertusuk sembilu.
hahaha...tapi dah memang betul

"satu sikap awak yang saya tak suka, suka ambik mudah"

amik kau joyah. tak ke sangat tulus mulus jujur dari hati seorang lelaki?

fine ciktam. cukup. aku tahu itu.

ia berkenaan baju. ciktam tempah baju lagi lambat dari aku. aku masa bulan puasa dah bagi dah makcik tukang jahit..huhu..masa tu bulan 8.. sekarang sudah bulan 11..ciktam punya baju nikah sudah siap dengan sampin berjahit lagi.siap bersulam baju melayunya..awww...aku punya? hmmphhhhh

 lepas tu.. aku call,dia kata x buka kedai. ok fine..sebab raya haji. (aku ni suka kan berurusan time orang dah nak raya?) lepas tu aku datang kedai..kedainya tak bukak pulak...anaknya bersalin..kata orang kedai sebelah konon2 nya..huhu..

aku call lagi..katanya seminggu boleh siap. apa? ok,jangan marah2 bari'ah.. dia itu tukang jahit. nanti mood dia berubah ketika mahu memotong bajumu. biarkan dia..tapi keep follow-up sahaja..huhu..

aku risau sebenarnya..

kerana aku telah bermimpi..betapa aku kahwin,baju aku tak siap..tak semenggah. mmg simple sangat baju kawen aku. tak sempat nak hantar beading. OMG! boleh ke mimpi macam tu?kehkehkeh..

aku harap mimpi itu hana mainan tidur..semoga..

Sunday, October 21, 2012

.....

ada tak perasaan yang selalu cek vendor punya website?

sebab aku dah membayar deposit kat vendor..jadi aku akan kerap cek kat website vendor,ok ke servis dia,gambar dia..baju dia...hahhahaha...

yelah..pengantin bajet.. :)

tapi setakat ni,alhamdulillah..vendor photogrpahy+andam ok dan boleh dibawa berbincang..hihih



Wednesday, October 3, 2012

bercerita tentang baju

..mencatat perjalanan seorang penganting cheapskate..

dari bulan berapa julai hari tu, aku menyibukkan diri memanjat tangga. tapi tidak kurus2 juga..

hahaha

panjat tangga kat rumah-rumah kedai kat shah alam. biasalah, kedai2 pengantin kan biasanya kat tingkat atas..

mula2 survey dengan ciktam, kat plaza alam central. hadoi kauu.. harga cekik darah mak! sewa baju sahaja bermula dari RM2000-RM5000.. sorry,tak kuasa mak nak sewa baju resepsi mahal-mahal. aku tahu kos baju itu mahal, tapi apa salahnya,kita cari yang kita mampu. tak usah nak ikut orang sangat. diorang kaya, kita tak kaya. hihih..tapi ada jugaklah, sewa baju RM500..tu pun songket. hmmppps..

maka kita reject Plaza alam Central..hihuuu..sbb out of budget!

lalu aku berpusing2 disekitar shah alam..ada jugak pakej menarik.. ada jugak tak berapa nak menarik..

aim aku ketika itu adalah untuk sewa baju sahaja. semuanya sewa rm500-rm600 tapi baju tak berapa nak lawa..tak berapa nak baru dan tak berapa aku berkenan.. banyak songeh pula aku kan! hahahaha

takpe..pencarian tetap diteruskan..tapi melalui google sahajalah.. huhu..

cari yang kat belah2 kajang. sebab kajang biasanya adalah yang murah2..sampai lah aku terjumpa satu butik ni, dengan harga RM1200 punya pakej,

aku dapat;
1- baju baru design sendiri
2- aksesori
3-Make-up
4- Pelamin, dewan punya okey?
5- Bunga tangan (which i probably akan ada bunga tangan sendiri saje. buleh?)

berpatutan sangat harganya..meh2, aku bagi link..kot2 ada orang berminat..mudah2an servisnya ok..nanti aku review sendiri..heuheuheu..

BUTIK PENGANTIN AFEER- KAJANG-DEKAT DENGAN KAMDAR & GIANT
https://www.facebook.com/butik.pengantin.afeer?ref=ts&fref=ts

(GAMBAR---ah biasalah, BB lembap selalu menyakitkan hati---lawa jugak gambo nya)


hari tu ciktam dah survey kedai. maka minggu ini,hari sabtu ini...aku perlu mengukur badan..haha..dan memberi design baju pengantin uollsss! chow chin chau!

Tuesday, September 11, 2012

....sepanjang jalan menuju ke syurga!

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

taken from - genta rasa


Monday, July 23, 2012

checklist



ini adalah list daripada kak lyanaMSCR, dikreditkan kepada whitelacetale.. hihuu..terima kasih to both bloggers. kerana list ini sangat2 membantu. tapi macam kak lyana kata, list ini diedit mengikut kesesuaian majlis kita..^_^..TERIMA KASIH BANYAK2..<3 

1. nikah, Resepsi & bertandang date
2 march 2013 sabtu
nikah: 9 pagi
resepsi: 12 tengahari

2. kursus kahwin & legal docs
- kursus completed: - kat menara selatan
- hiv test: dah
- Borang Kebenaran Nikah: belum

3. Venue
- Nikah: Masjid Al-hidayah (tempat kitorg sekolah tadika sesama.ahaks!)
- Bride's Reception: Dewan seksyen 18


4. Catering & Canopy
- Nikah & Resepsi: Seri Angsana- dah book~


5. Pelamin & Decor
- Nikah: Mak nora. buat kat rumah
- Resepsi: butik afeer


6. Photographer
- Nikahpetikdetik :)
- Resepsi: petikdetik jugaaa..:)


7. Videographer
- Nikah: La Televisio


8. Wedding outfits
- Nikah: dah hantar jahit
- Resepsi: sewa- butik afeer
9. Makeup
- Nikah: might be addina
- Resepsi: atau fadh.

10. Favors
- Nikah: belum bincang
- Resepsi: belum bincang
all guest


11. Bunga Pahar
- Resepsi: More to go! dah nak siap..heuheuheu


12. Hantaran
- For him: belum siap
- For her: lagi 2 barang


13. rings & Gelang
- his: dah beli
- hers: belum

14. Invitation Card
belum lagi. lama lagi kot?


15. Cake
- Nikah: Pulut Kuning
- Resepsi: FOC from caterer
- Hantaran: belum terfikir

16. Jurunikah
- Slot: belum
- Saguhati for jurunikah & saksi: belum

17. Handbouquet
- Nikah& Resepsi: Bunga yang sama saje sudah..hihi..kata nak bajet?



18. Guest List
- Resepsi - mak dah siap list. :P

19. Ceremony, entertainment, kompang
- Resepsi: mc takde
- CD of favourite songs: not yet
- Pembaca doa: not yet

20. Pengapit
- Resepsi: not yet-->
- Nikah attendants: not yet

21. Dresses for family
- Resepsi: not yet
bride's family-purple, rozet recycle (kan bajet?)
groom's family-hijau muda, 

22. Wedding heels
- Nikah: not yet
- Resepsi: sama je mcm nikah


23. Event Itinerary
- Resepsi rehearsal: 
- Wedding Guestbook: belum buat
-centrepiece- not yet, tapi dh ada idea..:P

24. Wedding Props
- Road signage: 
-Bunga Manggar

25. SPA treatment
- NOT YET

26. Honeymoon plan
-NOT YET

Sunday, July 22, 2012

keliru

aku keliru,nak pilih petik detik atau nak pilih okyphotosyndicate.com


dua2 cantik..


pro untuk petik detik;
1. dekat-ampang
2. murah-rm1480 (2 event,outdoor,mileage)
3. customer service reply-bagus sangat dan cepat
4. ada hitam putih pembayaran


cons
1. ada certain picture/posing pengantin yang nampak kaku.
2. takde
3. deposit 50%, untuk pelajar seperti aku itu adalah banyak juga..hehehe..tapi takpe..murah..


manakala untuk okyphotosyndicate.com pula;


pro:
1. Cantik, i like the editing style..
2. Murah pon murah-ramadhan promo RM 1299+300=+-1600 (2 event,outdoor n mileage)
3. tak kisah deposit nak letak berapa,nak bayar bulan2 pon boleh!

cons:
1. jauh kat perak nun..hihi
2. takde hitam putih pembayaran. 

Itu je..tapi dua-dua editing style cantik..PR pun bagus..aku dh mula keliru..hehehe..

Wednesday, July 4, 2012

lampu tidur murah :) ada projek le lepas ni

kali ini kita ada projek dekorasi bilik tidur pengantin.

ceritanya begini..disaat zetty menalipon sv beliau..sv beliau telah menyatakan bahawa dirinya berada di melaka,berkursus. maka apa lagi. aku pon terus bersiap keluar dari PG room pukul 3.30 ptg bersama zetty,takde tunggu2 dah. hahaha..walaupun dtg pukul 12..kira acilah tu..datang jugak kan?hahaha... takpe,aku kan pelajar,masa belajarku bila2 sahaja. huuuhu lalu berkemas2..dan pecut ke bandar batu pahat..:)

sesampai disana,aku mengambil keputusan utk mencari material buat projek alas dulang yakni bantal atas dulang hantaran. aku carik kain velvet atau lebih dikenali sebagai BALDU..tapi tak terjumpa2 warna yang ku cari. first, gi euro moda. yang ada kelabu dengan krim.

ah...tak mau...

lantas aku mengorak langkah ke nagoya textile..banyak gak warna. tapi satu pun takde warna purple gelap. haishh! tak best tak best. aku pun terpaksa gantungkan niat. mungkin akan mencarinya di kamdar,KL..nak cari kain bulu2 jugak macam kina pernah post untuk DIY pelamin nikah :)



walaubagaimanapun,aku sedar bahawa tarikh kahwin masih lambat lagi. takpelah..mulakan secara berdikit2 dahulu..weehooo..kan ke sikit2 lama2 jadik bukit? ehehehe..

dan kaki pon pantas keluar dari kedai kain..jalan punya jalan, jumpa satu kedai macam romantika. memang menarik tertarik kau memang d boom lah kiah!. terus aku tanpa was2 memasuki kedai tersebut. entah apa nama kedai tu..yang penting, arah nak masuk ke parkson,dekat dengan kedai papa roti..ada english2 design kat kedai tu..huhuu...

kejap lagi tengok lampu harga RM19.90. lampu tido..menarik jugak. kakak kedai tersebut mulalah mencocok aku supaya beli lampu2 tu kan. huhu..tapi aku berkenan dengan lampu purple. harganya RM28 satu. huh? terus aku cakap "kak,taknaklah,ni mahal. saya nak murah2 je..hiuhiu"

"eh,takpe..awk boleh tukar badan dengan kepala ikut yang awk nak,,," pujuk kakak tu lagi..

aku memandang zetty..terbit idea

"kak,kalau saya amik 2 terus nak letak bilik pengantin,akak bagi diskaun lah"

"ok,total up,rm58,kita buang 8 hengget tu..50 je dah"

aku pun apa lagi..terus sambar 2..sayangnya takde mentol provided. takpe,mentol baru berapa hengget.aku tak berapa kisah sangat..hihihi..

tapi pembelian tu tak diberitahu kepada ciktam. sebab aku malas nak dengar dia menceramahkan aku yang suka beli benda yang tak penting.

walaupun lampu kalimantang ada dalam bilik,sesekali nak jugak romantik..hoihoihoi!


-CIKBERRY-

Sunday, June 24, 2012

checklist nikah

hye belog yang sunyi. terima kasih kerana tiada followers. aku suka tiada followers kerna aku bebas menulis tanpa rasa bersalah.; bahahaha..(ini bukan entry tarik followers)  i don't mind tiada followers. (eleh! sebenarnya mind jugekkk)  ok,fine, fine!

aku malas nak bertekak dengan diri sendiri. bukan ke itu gila namanya? biarlah.. aku cuma ingin mencatat perjalanan sebagai seorang bakal perantin pengantin yang suka buat kerja last minit. ye! LAST MINUTE kalau orang putih kabo..
(sumber: google)

WHATEVER LAH KAU KIAH..

kini,aku ingin mencatat jurnal secara picisan. yang membantu aku. aku? bukan orang ramai? ye,aku sahaja. kan aku tiada follower?tiada pembaca? hehehehe.. bahawa apa yang perlu aku lakukan untuk hari pernikahan ku nanti. ini soal nikah sahaja. bukan resepsi

NIKAH. ---
                   I
                   I                    (apa ni?--> bayangkan ia anak panah yang menunjuk ke bawah)
                   I
                   V
-->perkataan ini..ahhh..ini perkataan--- the very urgghhh... so..romantic event in my life! awwwwuuuu! (tolong diam-kita berbicara secara serius)

baiklah. menurut ramalan kaji cuaca...maaf..petang ini agak mendung. benar..(jangan poyokan diri sendiri!)

baik,terus kepada topik.. 8 bulan 1 minggu lagi menurut wedding tickers. aku harus berbuat sesuatu sebelum segalanya terlambat atau nasi sudah menjadi bubur,barulah aku menangis teresak2, menggelabah tidak tentu hala. 


baiklah. ini menurut aku..aku yg picisan..

1- dokumen penting pernikahan (ini nanti kita bicara ya donggie?--kenapa jadi donggie?)
2- Test segala test (HIV,talasemia,test pra-mengandung?)
3- Tok kadi, imam, saksi, WALI
4- Baju nikah./aksesori nikah
5- Hantaran
6- Bunga tangan
7- Photographer/Videographer
8- Catering
9- Pelamin mengada2
10- Candy Buffet
11-Dewan
12-Kumpulan Selawat
13- Baju/Outfit family
14-Make-up
15- miscellanious..akan dibincang kemudian..sebab tak tahu apa benda lagi yang akan timbul dikemudian hari
16-yang terakhir...CALON SUAMI-wajib ada. kalau takde, tak kahwin le kita..huhuhu

(sumber: perfect pallete)


sekian..berita melaporkan dari SBPB~ SI BAKAL-PENGANTIN-BAJET

Tuesday, June 19, 2012

eh..dah tinggal 8 bulan je eh?

kalau ikut kiraan jari jemariku yang kontot ni, kahwin lambat lagi..9 bulan...kah3..

sekejap lagi bila dah ada wedding-ticker ni, dia keluar 8 bulan 1 minggu lagi..muahahaha...

apa benda pon i x buat..kecuali;

1) baru hantar tempahan kat tukang jahit-baju nikah. tu pon lepas raya baru dia mula jahit.hukhuk
2)beli barang hantaran. tu pon baru satu-jam.hahaha..
3)gi kursus kahwin.

ye bloggie..itu sahaja saya baru buat. pening mem-persiapkan thesis yang tak siap2 ni...heuheuheu...pastu mcm ada mood malas nak kahwin..sebab banyak benda tak buat lagi..huahuahua..okla kan..rileks la 8 bulan lagi..hehe..the last minute person will always be me..

mula2 mcm semangat tengok bride to be yang berkobar2 menulis journey diorg dalam belog..ohsem tau! cuma masalahnya tula..kita nak buat paling simple,paling bajet tapi nak nampak CUN! wakakaka...diorang banyak duit takpela..(agak sedih disitu)



berita gembira..

alhamdulillah..baru pertama kali gi ujian ptd..saya lulus untuk stage pertama...huhu..rasa nak merembeskan air mata melihat perkataan, TAHNIAH! ANDA BERJAYA.....bla bla bla...

tau jelah deknon,sangat2 tak sangka...alhamdulillah billion times!

malam tu baru sampai dari muar ke shah alam dgn ayah.
pagi2 lepas je jawab 3 soalan utk bahagian 1- aku sudah tak keruan.aku harus.bukan harus dah. WAJIB! wajib ke tandas! berlari-lari anaklah aku ke tandas belakang. sekejap lagi ku dapati tiada setitik air pun!buzzz!nasib baik tak berhadas lagi (euwww? heh,kau pon sama bernyahtinja bukan?) lalu aku mencedok air kat tempayan luar. lalu beristinjak. aku tidak kira. ia seperti menyertai explorace perasaan aku ketika itu. lalu selesai,aku kembali terkocoh2 ke tempat dudukku yang ahhh..bersyukurlah ada tempat duduk. masa tinggal 30 minit. what?? ada 57 soalan lagi aku belum jawab. lalu aku jawab sesuka cekodok ku (dengan bantuan long-term-memory)

dengan esei pon tulisan aku lintang pukang. lantak u lah pemeriksa..heuheuheu...

matematik ku yg lembap tu pon aku terhegeh2..hai..ada pulak soalan iq..aku telah mencerlungkan anak mata terhadap soalan yg aneh2. aku paksa otakku bekerja keras. ntah apa yg aku kira. yang aku tahu,masa tamat. lalu aku cek,soalan 8 belum jawab. lalu bismillahirrahmanirrahim, aku pilih jawapan dgn tawakkal tanpa melihat soalan.hahhahaah

tapi itulah namanya rezeki...rezeki menjaga atuk nenek ku..siapa tahu..doa2 org yg aku sayang..bukan sebab aku pandai..atau hebat..atau apa2 aje yg boleh menimbulkan riak..tetapi sebab doa dari mak ayah dan atok nenekku..huhuhu...all praises to ALLAH..

Sunday, May 6, 2012

list agenda

list agenda semasa akad nikah..print this doa and let him recite it after solemnization


ALLAHUMMA INNI AS’ALUKA MIN KHAIRIHA WA KHAIRI MA JABALTAHA ‘ALAIHI. WA A’UDZUBIKA MIN SYARRIHA WA SYARRI MA JABALTAHA ‘ALAIHI

Artinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya”

Tuesday, May 1, 2012

17-Mac-2012







huuu...sudah bulan 5 sekarang..baru nak upload pasal tunang ye..nothing special..cumalah majlis biasa2 untuk org kebanyakan seperti saya,,,ini saje buat masa ini..:)

Sunday, April 22, 2012

already 1 month

It has been 1 month I've engaged.

hahaha..no stories updated to remember..

ok...

nantilah..kalau rajin..:P

Wednesday, April 18, 2012

kaki merekah

adakah ini petanda diri terlalu bekerja keras? hahahhaa.. tumit kaki mula menampakkan kehodohan. euwww..akibat pakai selipar jepun ke mana2.cracked heels! dan ini tidak menyelesakan (apakah perkataan ini?) terus gi tempat spa tanya harga treatment. hahaha. ladies out there, choose the best foot wear.

ouch..kan dah nak kahwin..??

mak selalu marah tengok kaki i begitu...begitu....urghh...tidak payah nyatakan..

saya tidak sanggup.

bakal pengantin bajet membuat kura2 nya  kira2 nya sendiri..

harga treatment kaki adalah rm45?

LUPAKAN buat masa ini..:(

Sunday, February 26, 2012

Saturday, February 25, 2012

design baju nikah? kena tengok bentuk badan u dulu tau..

ehmm..mula lah terkial2 nak carik pesen baju nikah..walaupun nikah next year..

sebab apa? sebab nk beli kain kat indonesia..kabonya murah2..hahah...alang2 nak gi conference kat bandung..alang2 tula i nak pi jakarta u ollsss..

oklah..kita nak gak beli kain..tak kira.

hari tu bincang dgn ciktam,kata nak buat sendiri..pastu tiba2 nk suruh pakai baju sedia ada? apakah?

baiklah..seperti biasa aku memberontak dalam diam. ahahaha..mulalah mengeluarkan hujah dan fakta2 berasas..maka ciktam pun berserah sajalah. terima kasih ciktam!

ini sentimental value hokeh?

takpelah..abaikan ciktam..meh kita tengok design mcm mana kita nak tu?

untuk individu mcm i, potongan bentuk badan adalah seperti pear..


maka kita lihat apakah design sesuai utk badan pear..kui3...

1- A Shape dress like this





2- untuk baju kurung kena letak shoulder pad (reference)
3- lebihkan aksesori pada bahagian atas.


itu saje..i ada kerja.ok bye!

tapi idea lebih kurang gini (picture courtesy from here)

Saturday, February 11, 2012

he doesnt know this blog is exist

hahahaha..he doesnt know this blog is exist..

saya memang ego..saje taknak tunjuk excited depan ciktam.

nanti dia kata kita melebih2 pulak.overlah.itulah. (biasalah mamat poyo tu) ah!

buat rilek je depan dia..preparaton semua buat senyap2. kah33..


tidak seperti orang lain bukan?

akhirnya jadi lah beberapa kejadian x diingini..seperti


baju


dah janji dengan busu nak pakai baju tunang dia amikkan..tiba2 ciktam tepon

ciktam: hai,saya dah belikan kain utk baju tunang. jom kita tempah baju tunang awak. (ini gaya aku cakap-bukan dia.hahah)

saya: errr? oooo...yeke?ok2 (kenapalah mulut aku gatal tidak mahu katakan hal sebenar?)

ciktam: ok set

dilema. takut busu kecik hati.takut ciktam kecik hati. tapi the problem is solved. alhamdulillah....thanx ALLAH. tu lah,hari tu marah sanngat rebecca brandon dalam shopaholic ties the knot. padan muka. kena kat diri sendiri. ok,aku memahami rebecca. watak dia sebijik macam aku.




Thursday, February 9, 2012

the gorgeous is nervous!

siapa gorgeous itu? kah3..sudah pasti si gorgeous itu adalah aku. aku si pem-belog yang kuat perasan  perasaan.

baiklah. tiada pembaca disini u olss...tiada siapa yg endah dengan keperasanan ini. yeww.. ok have to finish this within 1 hour. ek eleh.

baik2..list apa si nervous kena buat nih? bukan apa, i just have 1 week to complete all the stuffs before leaving malaysia for 9 days and come back straight away ada majlis tunang. gila. memang gila.

terus kepada list;

1) kain chiffon flowy- nak upah jahit mana, beli kain kat mana. jgn kata nak beli kat indon. masa adalah pack! kang terngadah kau nak upah bagai. haiyaa! pastu belum tau tukang jahitnya lagi. tak tau dia boleh jahitkan ke x..aduh..

2) inner baru. selendang baru. katanya tudung aku boli itu seperti tudung raya.? apa?? tudung raya?? veil beli dokek indon saje sudeh. must put this on list! kang aku pi indon, borong bendalah lain. veil xdek

3) kain sarung bantal. harus aku upah penjahit menjahit sarung bantal. juga LANGSIR

4) lampu tido yang murah saje u olllss...nak decorate sikit bagi lip lap lip lap..bagi bersinar sedikit kejadian pelamin mini itteewww..

5) hantaran adalah sepenuhnya mak nora. barang2 sudah beli. tinggal kek,buah,coklat dan juga cistat.

6) cukup setakat ini.

Tuesday, February 7, 2012

planning-trip+conference

ok,kepala dh pening memikirin agenda nak ke indon selama 9 hari. 9 hari beb! bukan sikit punya hari...balik2 terus bertunang..syabbas bette!


tentatif perjalanan. (belum finalize lagi dgn zetty)

8hb march 2012
sampai dalam maghrib macam tu..maka enaknya,mencari hotel dan makan2..
hotel: belum dikenal pasti (smart hotel/hotel n1/Ibis tamarin/grand cemara)
transport: belum kenal pasti juga
tempat makan: D’Cost Seafood Restaurant- katanya tempat mcm hotel bintang 5, harga macam kaki 5..kelas kau jah!!

9hb march 2012
tiada lagi berleisure2 di hotel. kita serbu tanah abang. ahahaha..katanya tanah abang ni tutup pukul 3-4 gitu..misi;
1) cari kain for baju tunang-mungkin chiffon georgette yg 2 tone+selendang chiffon+cari tukang jahit kain baju tunang
2)then pencarian kain valentro untuk baju melayu + kain chiffon utk dress,veil,tudung
3)pencarian kain lace untuk mak dan adik2 dan ayah.

10hb march 2012
1) misi ke mangga 2 dong.. nak carik aksesori bertunang
2) Pastu amik kain yg dijahit. haku nak jahit mmg non hado lah kan..mana reti..hehehe

11hb march 2012
will go to bandung probably naik train ajer..kereta amatlah mahal. lagipon i bajet..tp tengok keadaan jugak..

12hb-13hb march 2012
conference.. tapi maybe in between ni nak gi kampung daun..hehehe..rm50 je naik kereta pak erwan katanya..oraitlah kan?

14hb march 2012
nak gi pasar baru
hotel: hotel unik (refer blog happy me-tq!)

15hb march 2012
gi tangkuban parahu,gi pasar senin,pergi FO.

16hb march 2012
bertolak ke jakarta balik..7.25 malam depart..


ok,yg ni copy paste dari forum..namanya rushrush..sy copy supaya senang nk tau
JAKARTA--> hotel cemara, location x jauh dgn main tourist hotel area jl kh wahid, klu budget lebih Crowne Plaza, sebelah Semanggi junction, saya pernah stay kat 2 hotel ni sebab grup saya 4 org. Actually x banyk hotel ada katil2 mcm ni.

Bandung: Hotel Progo - all time favourite utk org melayu, lokasi strategik habis! Murah pulak! Family room 1 katil king size 2 katil single bilik besar harga rp480k/smlm. Budget lebih sikit Holiday inn-2 katil double, ataupun Grand Serela grand room - 1 double 2 single. 3 Hotel ni semua dekat dgn FO. Hotel progo kena booking awal sebab teramat populer! Hotel nilah yg paling dekat skali dgn FO di jl riau.....jalan kaki cuma 250m jer.

booking hotel di indonesia u buat booking dgn travel agent, murah dari telepon hotel terus. Masalahnya travel agent indon ni kena bayar dulu, so kena berhati2 pilih TA. Saya cadangkan try yg ni:- travelindo, bayubuana, itravelindonesia, rajakamar - semua ni proven reliable yg tested by tripadvisor, saya sendiri dah pakai travelindo n rajakamar.com ......... Harga dia memang murah cuma kdg2 tak semua hotel dia cover. 

sewa kereta di Jkt rate dia rp450k-550k/day termasuk minyak, parking, toll, driver. Untuk Bdg rate di rp400-500k/day. Untuk Jkt-Bdg 700k vice versa. ni terpakai untuk suzuki apv atau toyota avanza......kalau besar lagi kereta lg mahallah rate. Kalau ada yg quote tinggi dari rate ni bermakna dah kena tipu dah!

Oh terlupa ...agoda.com memang ok! Tapi saya selalu cadangkan u pergi dulu [url]www.hotelscombined.com[/url] sebelum u check travel agent2 indon di atas. Don't bother nak cuba asiago ( airasia punya) atau pyotravel or hotelmart, ni untuk budak2 kecik or amateurs!

thanx eh rushrush


PASTU, INFO NI


Saya Iwan, dari Bandung, menyediakan service transportation pakage All In (Sewa Kereta, Upah Supir (Driver), Petrol, Parking & Tol) dan booking hotel (atas permintaan) untuk pelancong di Bandung, Jakarta & Puncak. Selain untuk shopping, Bandung, Jakarta & Puncak juga terkenal dengan tempat-tempat sightseeing yang indah dan wisata makanan yang sedap dengan harga yang sangat reasonable.
For further info, please contact me at
email: setiawantransport@gmail.com
sms/call : +6281221401090
or can sms/call at : 0173029722 (Bella, Cheras, Selangor)